Friday 12 August 2011

Kemahiran proses sains.

1.Pemerhatian = Apa yang dilihat dan diperhatikan.
2.Inferens = (i) Pemerhatian campur Mengapa ia berlaku atau
                   (ii)Pemerhatian campur sebab atau..
                   (iii)Menghubungkan pemerhatian dengan sebab .(Sebab mestilah logik dan betul.)

3.Pembolehubah = Pembolehubah manipulasi (wtc)
                              Pembolehubah bergerakbalas (wto)
                             Pembolehubah malar (wts)

WTC= Perkara-perkara yang mempengaruhi keputusan ujikaji/penyiasatan.
(i) Perkara-perkara yang berubah pada awal eksperimen atau..
(ii)Perkara yang mempengaruhi keputusan eksperimen.

WTO=(i)Perkara yang akan bertindakbalas apabila pembolehubah manipulasi berubah atau..
           (ii)Hasil keputusan eksperimen.

WTS=Perkara yang tetap,atau..sama,atau..tidak mempengaruhi,atau..faktor-faktor lain.

4.Hipotesis = Diuji sebelum eksperimen dijalankan.

= Menyatakan hubungan/kesan di antara dua pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi (wtc) dan pembolehubah bergerakbalas (wto)

=Tidak perlu menyatakan pembolehubah malar (wts).

Contoh ayat-

-semakin (wtc),semakin (wto) atau..
-jika (CORAK) (wtc),maka (corak) (wto) atau..
-lebih (corak) (wtc),lebih (corak) (wto).


No comments:

Post a Comment